menu-iconlogo
logo

Pendekar Pena

logo
歌词
He love to freestyle battle

That was like his thing

He challenge every single rapper he met

Do I never have the gust to freestyle battle him?

Phew, thank God

Hamba pendekar pena

Mereka ketika mereka lena

Berdendang kata tapi jarang leka

Teroka seloka seroja sempurna

Ukirkan namaku di gendang telinga

Pahatkan bahasku di dalam minda

Zapin lidahku kata berjimba

Dalam perigi ilham, dakwat bertimba

Lanang, longlai layu dibuai

Dayang dendang sayu melambai

Kanda beradu tikaman ahai (ahai)

Dinda beradu bergemalai

Izinkan hamba sedetik saja

100 kerat lengkap sekelip mata

Tiada lukisan secelik kata

Tiada ludah api seterik hamba

Bukan bikin lilin nukil suria

Ilham ditu wangnya, itu kurnia

Tegak lurus, dalam jurus, tatasusila

Lawan menyampah menyumpah

Lanang mengorak laju-laju

Jangan menyimpuh marah mahu

Kanda nakhoda lautan Cina

Dinda puteri langit kelima

Pantas kau berdampingan arjuna

Hai teruna hentikan seloka

Lagak jalak rupanya serama

Kata susun rapi

Tusuk rusuk hati

Tak cukup 7 kali

Hamba cucuk lagi

Sampai subuh pagi

Bilah utuh jati

Takkan surut mati

Patah tumbuh lagi

Aku dara sewangi kemboja

Dikalung nian bercahaya

Bintang dan purnama

Rentak berlagu

Medan rentap aku

Tegakkan nahu untuk sentapkan kamu

Dan kalau kamu mahu

Cekap beradu

Jangan selalu nyenyak beradu!

Pendekar Pena Altimet - 歌词和翻唱