Tiga tahun enam bulan kosong saat 
Setiap kata-kata ku luah 
Sebelum terlambat 
Pandangan ku kabur 
Engkau tolong melihat 
Dari ku liat engkau ajar 
Dan buat ku ligat 
Bukan cinta bukan suka bukan dia 
Tiada apa yang boleh nak pisahkan kita 
Mungkin ku salah kau tiada lagi bersama 
Harungi bersama pancaroba kini tiada 
Dulu janji, kini janji tinggal janji 
Tidak ku pasti siapa yang mahu temani 
Engkau berdiri tersenyum bila aku pergi 
Dari jauh ku memerhati bukan ku di sisi 
Halangan nafsu kau rempuh 
Mata baik kau lusuh 
Berperang dalam kata aku 
Engkau anggap musuh 
Tidah ku jangka hubungan kukuh lagi utuh 
Ku hanya redho 
Istana kita dah mula runtuh 
Ku hanya redho 
Istana kita dah mula runtuh 
Tiada harapan 
Tak mungkin bersama 
Semula 
Kau dan aku 
Hanya memori 
Tiada harapan 
Tak mungkin bersama 
Semula 
Kau dan aku 
Hanya memori 
Bila jatuh hulur tangan bagi ku bangun 
Kini ku jatuh 
Kau hanya lihat dan termenung 
Aku renung sedalam-dalam mata hina 
Rupanya sudah buta terlalu kejarkan nama 
Tiada maknanya lagi sudah tiada lagi 
Fantasi komplikasi ilusi jadi realiti 
Yang hanya kontroversi 
Hubungan semula jadi 
Boleh bertukar 
Orang nangis boleh bernyanyi 
Tak bererti ku senyum tanda ku gembira 
Di luar orang tahu 
Dalam hanya Tuhan saja 
Makin rebah, makin jatuh dalam lembah 
Memang susah hati gusar bila parah 
Tidak macam dirimu ku tunggu 
Terus menunggu 
Sekalipun tak berpaling 
Biarpun engkau tahu 
Sejadah dibentang ku bersujud 
Sambil tangisi 
Meminta pada Dia harapan engkau kembali 
Bukan salahkan takdir ku sedar 
Engkau dah pergi 
Tiada harapan 
Tak mungkin bersama 
Semula 
Kau dan aku 
Hanya memori 
Tiada harapan 
Tak mungkin bersama 
Semula 
Kau dan aku 
Hanya memori 
Tiada harapan 
Tak mungkin bersama 
Semula 
Kau dan aku 
Hanya memori 
Tiada harapan 
Tak mungkin bersama 
Semula 
Kau dan aku 
Hanya memori 
Yang pergi, biarkan pergi 
Izinkan aku pergi 
Tidak ku benci, malah ku cinta dan lupai 
Setiap kata-kata tadi suara tadi 
Bukan ku yang berkata 
Malah hatiku yang nyanyi 
Sedih dan pilu lihatmu berbajukan putih 
Dirumahkan tujuh kaki 
Dalam tanah yang bersih 
Dua batu, dua tembok jadi tugu 
Ku hanya tambah bunga, biar bunga itu doa 
Selamat tinggal 
Ku harap engkau bahagia 
Tiada harapan 
Tak mungkin bersama 
Semula 
Kau dan aku 
Hanya memori 
Tiada harapan 
Tak mungkin bersama 
Semula 
Kau dan aku 
Hanya memori