ITU AKU-BOISILENT &QIEYME
Ayo haikal apakah kau baik-baik saja
Mengapa makin lama sudah hilangnya ceria
Dimanakah watak kamu yang dulu bahagia
Kini makin suram tiada lagi suluh cahaya
Kau tak usah peduli apa niat mereka
Mereka iri lihat kamu dulu senyap kini bermakna
Kenapa hidup kamu ini tak seindah drama
Bisa jadi hero boleh buat mereka kagum bangga
Lidah tak bertulang lebih tajam dari pisau
Takperlu kau berfikir pasal kisah yang lampau
Jadi bangun dari mimpi tak perlu mengigau
Yang baik boleh bertopeng itu harus dirisau
Aku bukan sesiapa yang boleh buat kau berjaya
Hanya diri kamu akan menentu kamu kemana
Selalu ukirkan senyuman walau sedang berduka
Aku tak rasa apa yang kau rasa tapi tuhan kan ada
Sudahlah kau berduka usaplah air mata
Sesungguhnya dia ada
Janganlah kau merasa kau tiada apa
Sebenarnya kau ada segalanya
Aku kan selalu ada temani tiap malam mu
Apa yang dipendam kita luahkan dalam lagu
Tak ramai faham apa yang kita mahu tuju
Ada yang dengar dan faham apa yang dah berlaku
Mereka hanya mendekati disaat kamu senang
Ibarat kamu tuan rumah mereka hanya tumpang
Kalau ada yang pergi tutup pintu tutup peluang
Habis masa dibuang asyik mahu ku ulang
Ada yang jadi juri ada yang jadi tuhan
Setiap salah silapmu mereka beri hukuman
Banyak persoalan yang tak mampu beri jawapan
Andai kuasa ditangan mungkin kamu disingkirkan
Jadi lupakan semua jalankan hidup sendiri
Dunia realiti kejam tak macam dunia fantasi
Siapa hadir siapa pergi tak usah ku peduli
Sebab yang hadir selalu ada niat jahat
Takkan pernah berhenti
Sudahlah kau berduka usaplah air mata
Sesungguhnya dia ada
Janganlah kau merasa kau tiada apa
Sebenarnya kau ada segalanya
Ku tahu yang kau hilang segalanya
Tapi itu sementara tak kekal lama
Tak perlu kau bersedih itu semua hanya Ujian daripadanya untuk manusia
Percayalah aku
Semuanya yang jadi pasti ada hikmah disebalik pintu
Usah kau bimbang ini jalan lurus
Tiada jalan buntu aku percaya kau tahu
Jangan kau mengalah
Kerna ku yakin suatu hari kau tak akan kalah
Tiada jalan susah, Semuanya mudah, Hanya berserah
Sudahlah kau berduka usaplah air mata
Sesungguhnya dia ada
Janganlah kau merasa kau tiada apa
Sebenarnya kau ada segalanya