Terpaku aku
Ketika ini
Bila wajahmu
Tersergam indah
Di kamar hatiku
Mengapakah dirimu menjelma
Di kala hatiku kesepian
Maafkan kasih
Kiranya aku
Mengenang kembali kisah cinta
Antara kita yang lalu sekian lama
Biar berkali cuba melupakannya
Tetapi sia-sia
Ku teruskan perjalanan ini
Biarpun sebak bertakhta di hati
Andai kau bahagia hidup dengannya
Lupakah kau pada aku yang terluka
Indahnya ketika kita berdua
Memadu kasih oh mesranya
Tiada ku sangka dia di sebalik
Tabir cintamu yang kedua
Tinggallah aku
Bergelumang kenangan
Rindu dendam padamu kasih
Andai dirimu di depan mataku
Ingin ku rangkulmu
Agar terlepas oh rinduku
Ku teruskan perjalanan ini
Biarpun sebak bertakhta di hati
Andai kau bahagia hidup dengannya
Lupakah kau pada aku yang terluka
Indahnya ketika kita berdua
Memadu kasih oh mesranya
Tiada ku sangka dia di sebalik
Tabir cintamu yang kedua
Tinggallah aku
Bergelumang kenangan
Rindu dendam padamu kasih
Andai dirimu di depan mataku
Ingin ku rangkulmu
Agar terlepas oh rinduku
Tiada ku sangka di pipi ini
Mengalir darah tak berwarna
Kerana asyiknya ku layan kenangan
Ku rela kini hidupku sendiri
Ku cari cinta abadi