menu-iconlogo
logo

Generasi Genius

logo
歌詞
Yeah

Semua orang ada hero kegemaran

Hero aku

Manis macam cokelat lebih

Cun dari kinder bueno

Dalam bahasa latin purba

Akulah numero uno

Tapi kalau memang cokelat

Boleh panggil aku hershey's

Sebab sejak aku muncul

Ramai kena diabetes

Ingin jadi rapper dari kecil

Berangan- angan dengan kawan

Mama cakap buat saja

Pergi cari pengalaman

Bapa suruh belajar saxophone

Aku belajar seks di phone

Simpan buku- buku playboy

Dalam kotak styrofoam

Jadi the next day aku tanya sama

Pa bolehkah aku jadi

Seorang rapper huh

Bapa kata eh mana boleh

Kena layan lagu jazz

Jangan berani tukar genre

Jadi aku merajuk hampir 5 hari

Fobia dengan teguran yang

Diberikan secara verbally

Dan normally aku lemah

Dari segi psikologi

Tapi sekarang dewas

Mampu berfikir sendiri

Bagi pen dengan kertas

Bagi pen dengan kertas

Cara kamu berfikir aku

Ubah dengan pantas

Tetapkan trajektori

Tidak lari dari landas

Bagi pen dengan kertas

Biar sampai habis nafas

Bagi pen dengan kertas

Bagi pen dengan kertas

Cara kamu berfikir aku

Ubah dengan pantas

Tetapkan trajektori

Tidak lari dari landas

Pegang pen dengan kertas

Biar sampai habis nafas

Bapa selalu cakap kau istimewa

Kau ada sesuatu yang mereka tiada

Jadi jangan hilang itu kau anak saya

Pasti suatu hari nanti kau dapat piala

Dan aku mula faham apa kata bapa

Di setiap perenggan di setiap suku kata

Jadi generasi genius itu yang dia mahu

Kalau ada bakat buat apa mahu malu

Jadilah pemangsa jangan

Sekali jadi mangsa

Pastikan kau puas kalau jadi raksasa

Bila sampai satu tahap kau jadi juara

Tengok reaksi mereka kembang bulu roma

Tidak pernah goyang lari dari hari baru

Pari- pari datang mari

Masuk dalam paru- paru

Harap dapat tidur lena

Selesa atas bantal

Kalau diri ini degil biar nakal berakal

Bagi pen dengan kertas

Bagi pen dengan kertas

Cara kamu berfikir aku

Ubah dengan pantas

Tetapkan trajektori

Tidak lari dari landas

Bagi pen dengan kertas

Biar sampai habis nafas

Bagi pen dengan kertas

Bagi pen dengan kertas

Cara kamu berfikir aku

Ubah dengan pantas

Tetapkan trajektori

Tidak lari dari landas

Pegang pen dengan kertas

Biar sampai habis nafas

Alangkah baiknya kalau macam budak lain

Ada bapa disisi ketawa sambil bermain

Tapi aku lain macam sudah anak yatim

Tiada bantuan kewangan

Kemana pergi brim

Aku tengok balik filem

Bapa duduk atas tikar

Dengan baju putihnya

Ambil feel main gitar

Air mata mula jatuh

Aku lari bersembunyi

Masuk bilik kunci pintu

Menangis tiada bunyi

Okay bagi aku rokok

Tidak kisah rokok apa

Sedut karbon oksida hembus ke atmosfera

Tiada pen dengan kertas

Boleh pagi aku pensil

Benzooloo karyawan

Stenografi atas stensil

Biarpun ada tonsil

Masih cuba terus rapping

Hidangkan lagu dalam youtube

Kalau kamu sanggup buffering

Lawalah familia kontrak sampai mati

Rapper 5 bintang kami buat transformasi

Bagi pen dengan kertas

Bagi pen dengan kertas

Cara kamu berfikir aku

Ubah dengan pantas

Tetapkan trajektori

Tidak lari dari landas

Bagi pen dengan kertas

Biar sampai habis nafas

Bagi pen dengan kertas

Bagi pen dengan kertas

Cara kamu berfikir aku

Ubah dengan pantas

Tetapkan trajektori

Tidak lari dari landas

Pegang pen dengan kertas

Biar sampai habis nafas

Generasi Genius Benzooloo - 歌詞和翻唱