Langit kirmizi menghantar dirimu
Menuju jalan pulang
Hari hari indah bersamamu bertabur
Di tanah kenangan
Wajah berona simpati kau tatapi
Buat kali terakhir
Sedih dan sayu dari kamar atma
Mengundang air mata
Hanya rindu dan doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahagia
Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu
Keredhan allah terletak pada keredhaan ayah ibu
Menumpang di segenap ruang yg ada
Di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik
Di dlm rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat
Di pangkuanmu
Keperitan itu kau rasa
Indah demi anakmu
Setitis air mata ibu yang
Gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
Tertutup pintu syurga jika
Tiada keampunannya
Azimat ini ku tanam di lubuk
Hati yg dalam
Di tirai malam aku bersandarkan
Pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara
Alam terlena di rajutan rindu
Tiada yg terindah didunia
Dapat mengganti hilangmu
Pilahan yg terbaik takkan
Dapat mengisi relung hatimu