Setelah gerimis berhenti
Terpancar sinar mentari
Nampak jelas semua laluan
Dan kau tak kebasahan lagi
Jika kau ingin pergi
Andai aku padamu kini
Tidak memberi erti
Hadirmu mengetuk hatiku
Bagaikan perkasihan mimpi
Indah cuma sewaktu ku lena
Dan lenyaplah semua bila
Diri ini terjaga
Menoleh kebelakang diri ini
Jauh kau tinggalkan
Andai aku kenang
Kisah yang sudah
Aku jadi gundah
Mungkin tak kau rasa
Seperti mana aku merasa
Perit lukanya
Itulah hakikat yangku telan
Itulah yang kau tinggalkan
Biar aku menangis
Kerana luka semalam
Daripada menangis
Luka di kemudian
Dan paling tidak pun
Pedih tak berpanjangan
Kerana dia saat begini
Masih ada insan
Yang sudi bertandang
Merawat kelukaan
Andai aku kenang
Kisah yang sudah
Aku jadi gundah
Mungkin tak kau rasa
Seperti mana aku merasa
Perit lukanya
Itulah hakikat yangku telan
Itulah yang kau tinggalkan
Biar aku menangis
Kerana luka semalam
Daripada menangis
Luka di kemudian
Dan paling tidak pun
Pedih tak berpanjangan
Kerana dia saat begini
Masih ada insan
Yang sudi bertandang
Merawat kelukaan oh..oh
Merawat kelukaan oh..oh
Merawat kelukaan