Melepaskan dirimu kini bererti 
Terputus sudah persahabatan 
Yang erat terjalin terputus juga 
Tidakku menduga 
Siapa sangka kawan menjadi lawan 
Kau sembunyi ada tersimpan 
Satu rasa dendam mendalam 
Padaku 
Jujurmu tidak di hati 
Tetapi di bibir sahaja 
Bicara tak pernahnya benar 
Berbelit belit dan sehingga 
Ku terkeliru 
Dimanakah 
Hilangnya keikhlasanmu 
Kalau sudah jari menuding ke mukaku 
Jelas membuktikan keangkuhan sikapmu 
Cuba kau berfikir untuk seketika 
Maruah siapakah kini 
Yang dicabar atau tercabar 
Demi tegak kebenaran 
Jujurmu tidak di hati 
Tetapi di bibir sahaja 
Bicara tak pernahnya benar 
Berbelit belit dan sehingga 
Ku terkeliru 
Dimanakah 
Hilangnya keikhlasanmu 
Kalau sudah jari menuding ke mukaku 
Jelas membuktikan keangkuhan sikapmu 
Cuba kau berfikir untuk seketika 
Maruah siapakah kini 
Yang dicabar atau tercabar 
Demi tegak kebenaran