ShukJepun!
Bismillah Hirrahman Nirrahim
Kekosongan jiwa masa langsung tak tepati
Pergerakan awal dicatat sehingga ku mati
Mungkin saingan berujian setelah merugikan
Bilang pada aku siapa yang pernah ku ketepikan
Landasan setelah berpuluh watak berdrama
Yang batak mahupun berlagak
Seumpama tak bermakna
Rahsia di sembunyi
Malam di tangisi
Ku ganda kan ganjaran ganja jika bisa ubati
Dari awal ku rasai segala pengorbanan
Ku agak benda berat kan jadi nya beban
Setelah ditafsir rata rata takut tampil
Panji islam yang ku bawa sehingga saat terakhir
Agama bukan untuk aku bina nama
Bukan untuk promosi sebaliknya demi dia
Demi rasul demi allah ini yang ku tanam
Dalam jiwa dalam minda supaya mereka kan hadam
Yang musykil di hakimi tanpa adil yang ku lihat
Yang mana disekat setiap karya yang dibuat
Walhan berjuta lirik di lembaran kertas dan dinding
Bersusah payah mereka cuma tahu nak bertanding
Lihat berapa sudut kesusahan dialami
Penderitaan jalanan kematian di semadi
Tangisan dari ibu keluarga atas si mati
Setelah itu ku rasa diri ku tak lama lagi
Diangkat nyawa bertemu nya ilahi
Dan ku rasai pembunuhan akan terjadi
Biar apa kan terjadi itu urusan tuhan
Tanggungjawab yang di utus itu harus lakukan
Cinta segala konflik sekadarnya berpentas
Yang pernah dengan aku mereka watak tak berasas
Dunia demi dunia sila kan kau telan
Aku nak pergi zuhud bersujud tuk akhirat
Emosi bukan ku terap tuk cipta kesalahan
Terangi tuk bahagia ku ukir dari kejujuran
Mungkin masalah qalbu kesedihan berlandas
Tak bermaafan sesungguhnya ku tak kan dah bahas
Sama ada aku engkau yang akan datang
Namun ku tahu ada satu benda yang menghalang
Biarkan aku ku doa kan bala untuk kamu
Dari rindu jadi benci atas sebab yang berlaku
Mungkin sukar dan rumit berhadapan dengan takdir
Lagi banyak ujian lagi cepat darjat di bagi
Ku harap di berita di makbul yang di pinta
Kerna yang pernah di hindar sudah tiada di minda
Bersalaman dengan yang diampun di jannah
Yang ku tak kan maafkan moga bahgia di jahannam
Mekar pencerahan beribu dah di ulaskan
Hari pembalasan kan tiba di utus di ulasan
Berjaga jaga doa teranaiya kau kan hadam
Seperti srangan panah yang datang waktu malam
Semalam tak kan sama sekali hari esok
Dendam retak akan karma sekati duri kan tusuk
Mujur lagi bukan ku hidup zaman silam
Keadaan sekarang buat ku makin bijak selam
Demi allah sesungguhnya segala ini kan terbalas
Biarkan dalil bukti uji segala yang di bahas