menu-iconlogo
huatong
huatong
avatar

Orang Berbudi Kita Berbahasa

S.M. Salimhuatong
plohneshuatong
Lirik
Rakaman
Orang berbudi kita berbahasa

Orang memberi kita merasa

Janganlah susu dibalas tuba sayang

Madu di bayar racun berbisa

Hujan panas permainan hari

Susah senang permainan hidup

Wajah yang cantik perhiasan diri sayang

Kerana budi hati terpaut

Awan mendung pengiring hujan

Sinar mentari membawa cerah

Air yang surut mengarah pasang sayang

Kuala sungai mencipta lembah

Sepantun budi telah tercipta

Terserah kasih tidak di minta

Rasa tertekan tidak tertanggung sayang

Melarat badan bilakah untung

Lebih Daripada S.M. Salim

Lihat semualogo

Anda Mungkin Suka