LAWALAH LAWALAH SAY
LAWALAH LAWALAH SAY
Walau penuh dengan jiran
yang kurang pengertian,
Tetap juga balik desa penuh keyakinan,
Itu satu kelebihan,
jangan anggap ringan,
Ambil jarum untuk cucuk
buih kemungkinan,
Jatuh cinta dengan
muzik, belum lagi lamar,
Kahwin bunyi akustik, tidur satu kamar,
Naik burung besi, tidak pernah statik,
Lompat negeri ke negeri,
penerbangan domestik,
Percaya sahaja hingga berjaya,
permata memang ada di tempat pertama,
Jangan takut untuk cedera
hati, bila tiada cenderahati
itu boleh cerita nanti,
Tangan kidal pencetus reaksi
rantai berterusan yang bagus,
Tarik nafas hembus, tajuk utama tembus,
Modus operandi dari Lawalah,
ekspektasi selalu tinggi.